Sunday, April 1, 2012

Penyakit : THYROGLOSSAL CYSTS




Aku disahkan mengidap penyakit Thyroglossal Cysts pada bulan Mei 2011. Mula2 bengkak biasa je...aku igt mungkin bisul. So pegi buat check up di HKL. Doktor kata bende ni developed daripada dalam janin lagi. Ianya lebih berupa sebijik halkum.Sila rujuk : http://www.patient.co.uk/doctor/Thyroglossal-Cysts







Lama kelamaan makin bengkak dan macam ada mata..dan keluar cecair (bukan nanah). Aku menghadapi kesukaran untuk tidur tetapi langsung tak rasa sakit pada bahagian yang bengkak tu. Aku teruskan mengambil antibiotik seperti yang disarankan serta tidak pernah culas berjumpa doktor mengikut jadual.





Pada tahap ini aku masih tak merasa sakit di bahagian yang bengkak itu walaupun nampak sakit sgt..kan? Jadi aku masih meneruskan pengambilan ubat seperti biasa. Orang keliling ada yang perasan ada yang tidak.. Memanglah tak selesa langsung. Apatah lagi masa menyanyi.



Kemudian pada bulan bulan Februari tahun ini, 2012 masa tu aku tengah makan dengan Nisa kat rumah, tiba2 saja ada benda membengkak dari bawah leher naik ke tepi bawh dagu sebelah kanan. Benjolan yang seumpama sebijik telur ditolak naik ke atas. Rasa sangat panas di bahagian itu. Nisa menjerit sebab dia nampak benda tu naik seolah2 ditolak ke atas. Aku bergegas ke Hospital Ampang dengan Nisa. Doktor yang memeriksa aku nampak sangat berminat, mungkin ini kes pertama di sana. Jadi beliau telah membawa aku berjumpa dengan Ketua beliau untuk pemeriksaan lanjut. Aku rasa sangat lega bila doktor kata ianya perlu dibedah dengan segera. Jadi mereka telah tetapkan 5 April 2012 untuk pembedahan.

Dan di atas ini ialah gambar terbaru yang diambil ketika blog ini ditulis. Ianya seolah mengecut tapi sangat perit kerana masih ada ketulan keras di dalamnya. Bila ianya membengkak aku takkan dapat tidur lena. Bangun tengah malam dan menangis menahan sakit. Aku berdoa semoga pembedahan pada hari Khamis ini berjalan lancar dan dilindungi Allah hendaknya. Amin...

Ustaz Azhar Idrus ~ DAHSYATTTTT


Ustaz Azhar Idrus satu nama yang dah jadi fenomena terbesar kebelakangan ini. Aku pon peminat beliau jugak. Alhamdulillah. Aku rasa beginilah yang sepatutnya dipraktikkan oleh ustaz2 lain dalam mendekati masyarakat terutamanya golongan muda. Sebab kalau diperhatikan ceramah2 yang disampaikan oleh kebanyakan ustaz sejak dulu lagi agak mengantuk dan membosankan. Kita perlu suntikan baru seperti apa yang dilakukan oleh Ustaz Abhar Idrus ini. Barulah orang tak boring...bahkan jadi melekat terus nak mendengar ceramah agama. Di samping manfaat yang sangat besar kita juga beroleh pahala.

Semoga kita semua akan terus ditarik ke jalan Allah dan diberkatiNya selalu. Amin....

Hujan Pagi...

Patutlah semalam satu hari panas membahang...rupanya hujan nak turun dengan selebat-lebatnya. Sedapnya tidur....tapi nak kena jugak bangun hantar Nisa sekolah. Kalau hujan biasanya jalan secara automatik akan jadi sesak. Yang nak masuk simpang, yang nak keluar simpang...dah la pandangan depan dah kelabu asap kan...so kena hati2 pandu kereta masa hujan lebat begini...
Selamat bekerja kepada semua...kepada yang nak sambung tidur selamat bermimpi...

Hantu? Eeeee takutnya...!!

Aku mengaku aku memang penakut tapi paling suka tengok filem2 seram.Entah kenapa kalau pilih dvd atau siaran tv pilihan pertama komedi dan kedua mesti seram. 

Pengalaman aku berdepan dengan paranormal berlaku seawal usia aku 16 tahun. Pegi camping katanye... Bergelak ketawa sakan maklum la pertama kali panjat Gunung Jerai. Ramai2 dgn classmate aku. Agaknya 'bende' kat situ marah lah kan buat bising kat tempat dia. Dan mungkin sebab aku yang paling lemah semangat antara semua, 'benda' tu mengekor aku balik. Ceritanya aku macam dirasuk oleh benda halus. Banyak juga tempat aku dibawa berubat dan akhirnya berjaya dipulihkan. Alhamdulillah. Itulah sebabnya orang selalu nasihatkan jangan seronok terlebih, mulut lidah kena jaga. 

Dan baru2 ni aku 'dipaksa' oleh kawan baik aku Shellyna Hani untuk melayari Youtube Misteri Jam 12, sebuah rancangan radio Singapura yang memaparkan cerita2 seram oleh DJ KC dan para pemanggil. Macam2 cerita aku dengar, bersambung2..dan seolah2 macam berhantu bila dengar satu cerita mesti nak klik lagi cerita yang berikutnya. Punya la khusyuk aku melayan tiba2 je jadi seram bulu betis aku. Kebetulan pula hari tu Ahad, aku cuti dan anak2 balik rumah abah dorang. Dah aku beku kat atas sofa tu tak berani nak gerak. Hari dah beransur senja ni....Aduuuhhhh kacau betul...

Tapi aku kuatkan juga semangat bangun nyalakan lampu ruang tamu. Lepas tu perlahan2 bergegas masuk bilik air dan mandi. Tapi sumpah malam tu aku tak boleh tidur langsung!! Rasa nak menangis pon ada. Apatah lagi tidur sorang2 plak tu.  Aku ambil Al-Quran dan letak sebelah bantal ...barulah rasa ok sikit. 

Kalau suka boleh klik video di atas. 
Saja lah nak share...hehehehe

Tahun lepas aku berpeluang ke Cambodia untuk membuat persembahan sempena Krismas hingga ke Tahun Baru. Kesempatan berada di sana aku manfaatkan dengan melawat Angkor Wat. Banyaklah gambar yang diambil. Salah satunya yang ini :
Kata kawan aku : cuba tengok betul2 gambar ni. ada pompuan berdiri kat belakang... iiishh yeke?

Ok apa2 pon aku masih tetap merasa seram setiapkali dengar MJ12 ni...Aku harap aku takkan bertemu atau diganggu  oleh makhluk2 yang tak diundang ni... Aminnnn...