Aku disahkan mengidap penyakit Thyroglossal Cysts pada bulan Mei 2011. Mula2 bengkak biasa je...aku igt mungkin bisul. So pegi buat check up di HKL. Doktor kata bende ni developed daripada dalam janin lagi. Ianya lebih berupa sebijik halkum.Sila rujuk : http://www.patient.co.uk/doctor/Thyroglossal-Cysts
Lama kelamaan makin bengkak dan macam ada mata..dan keluar cecair (bukan nanah). Aku menghadapi kesukaran untuk tidur tetapi langsung tak rasa sakit pada bahagian yang bengkak tu. Aku teruskan mengambil antibiotik seperti yang disarankan serta tidak pernah culas berjumpa doktor mengikut jadual.
Pada tahap ini aku masih tak merasa sakit di bahagian yang bengkak itu walaupun nampak sakit sgt..kan? Jadi aku masih meneruskan pengambilan ubat seperti biasa. Orang keliling ada yang perasan ada yang tidak.. Memanglah tak selesa langsung. Apatah lagi masa menyanyi.
Kemudian pada bulan bulan Februari tahun ini, 2012 masa tu aku tengah makan dengan Nisa kat rumah, tiba2 saja ada benda membengkak dari bawah leher naik ke tepi bawh dagu sebelah kanan. Benjolan yang seumpama sebijik telur ditolak naik ke atas. Rasa sangat panas di bahagian itu. Nisa menjerit sebab dia nampak benda tu naik seolah2 ditolak ke atas. Aku bergegas ke Hospital Ampang dengan Nisa. Doktor yang memeriksa aku nampak sangat berminat, mungkin ini kes pertama di sana. Jadi beliau telah membawa aku berjumpa dengan Ketua beliau untuk pemeriksaan lanjut. Aku rasa sangat lega bila doktor kata ianya perlu dibedah dengan segera. Jadi mereka telah tetapkan 5 April 2012 untuk pembedahan.
Dan di atas ini ialah gambar terbaru yang diambil ketika blog ini ditulis. Ianya seolah mengecut tapi sangat perit kerana masih ada ketulan keras di dalamnya. Bila ianya membengkak aku takkan dapat tidur lena. Bangun tengah malam dan menangis menahan sakit. Aku berdoa semoga pembedahan pada hari Khamis ini berjalan lancar dan dilindungi Allah hendaknya. Amin...
No comments:
Post a Comment