Sunday, April 1, 2012

Hantu? Eeeee takutnya...!!

Aku mengaku aku memang penakut tapi paling suka tengok filem2 seram.Entah kenapa kalau pilih dvd atau siaran tv pilihan pertama komedi dan kedua mesti seram. 

Pengalaman aku berdepan dengan paranormal berlaku seawal usia aku 16 tahun. Pegi camping katanye... Bergelak ketawa sakan maklum la pertama kali panjat Gunung Jerai. Ramai2 dgn classmate aku. Agaknya 'bende' kat situ marah lah kan buat bising kat tempat dia. Dan mungkin sebab aku yang paling lemah semangat antara semua, 'benda' tu mengekor aku balik. Ceritanya aku macam dirasuk oleh benda halus. Banyak juga tempat aku dibawa berubat dan akhirnya berjaya dipulihkan. Alhamdulillah. Itulah sebabnya orang selalu nasihatkan jangan seronok terlebih, mulut lidah kena jaga. 

Dan baru2 ni aku 'dipaksa' oleh kawan baik aku Shellyna Hani untuk melayari Youtube Misteri Jam 12, sebuah rancangan radio Singapura yang memaparkan cerita2 seram oleh DJ KC dan para pemanggil. Macam2 cerita aku dengar, bersambung2..dan seolah2 macam berhantu bila dengar satu cerita mesti nak klik lagi cerita yang berikutnya. Punya la khusyuk aku melayan tiba2 je jadi seram bulu betis aku. Kebetulan pula hari tu Ahad, aku cuti dan anak2 balik rumah abah dorang. Dah aku beku kat atas sofa tu tak berani nak gerak. Hari dah beransur senja ni....Aduuuhhhh kacau betul...

Tapi aku kuatkan juga semangat bangun nyalakan lampu ruang tamu. Lepas tu perlahan2 bergegas masuk bilik air dan mandi. Tapi sumpah malam tu aku tak boleh tidur langsung!! Rasa nak menangis pon ada. Apatah lagi tidur sorang2 plak tu.  Aku ambil Al-Quran dan letak sebelah bantal ...barulah rasa ok sikit. 

Kalau suka boleh klik video di atas. 
Saja lah nak share...hehehehe

Tahun lepas aku berpeluang ke Cambodia untuk membuat persembahan sempena Krismas hingga ke Tahun Baru. Kesempatan berada di sana aku manfaatkan dengan melawat Angkor Wat. Banyaklah gambar yang diambil. Salah satunya yang ini :
Kata kawan aku : cuba tengok betul2 gambar ni. ada pompuan berdiri kat belakang... iiishh yeke?

Ok apa2 pon aku masih tetap merasa seram setiapkali dengar MJ12 ni...Aku harap aku takkan bertemu atau diganggu  oleh makhluk2 yang tak diundang ni... Aminnnn...



2 comments:

  1. Aah la wei. . .Mcm ada entiti di belakang tu. . .
    Bila plak aku paksa? Hahahha

    ReplyDelete
  2. ye ko pakse...asik soh dgr je...huhu

    ReplyDelete