Saturday, April 28, 2012

PERNIKAHAN FASHA SANDHA & JEJAI

27 April 2012 ~ tarikh keramat yang dipilih oleh pelakon popular Fasha Sandha dan pasangannya Jejai. Alhamdulillah setelah segala rintangan dan halangan serta cacian sumpahan diterima pasangan ini, ternyata jodoh mereka begitu kuat. Dengan dua kali lafaz Fasha sah menjadi isteri kepada Jejai.
Secara peribadi aku amat menyukai Fasha. Aku suka dia sebab dia sangat cantik walaupun tanpa secalit mekap. Aku juga kagum dengan komitmen tinggi yang diberikan Fasha dalam kerjayanya. Cerita yang dikongsi oleh adik angkatku yang bekerja dalam sebuah produksi, Fasha amat berdisiplin. Kalau call time 8 pagi, jam 7 Fasha sudah berada di lokasi. Aku juga bangga dengan ketabahan Fasha mengharungi dunia seni walau fitnah sering melanda dan sering dikecam kerana aktiviti sosialnya bersama kekasih dan rakan2. Pada aku biarlah...itu hidup dia. Mungkin kalau dia bukan artis takkan ada sesiapa yang ambil peduli. Walau apapun, Fasha tetap di hati. Semoga Fasha akan sentiasa bahagia di samping suami tercinta dan hidup berkeluarga dengan penuh rahmat Allah. Bahagia hingga ke akhir hayat.

Cantik manis berseri-seri Fasha berdebar menunggu lafaz ijab kabul Jejai


 Akhirnya..... Senyuman bahagia daripada pasangan pengantin baru Fasha dan Jejai

Fasha & Jejai ~ semoga berbahagia hingga ke nafas yang terakhir... Amin

No comments:

Post a Comment