Semua org tengah GILA dgn Aaron. Aku pon...(hehehe...malu2 tapir tulis part ni) Muka dia yang hensem giler tu buat pompuan2 kt Malaysia ni mengigau tengah malam! Yang berangan nk kawen dgn Aaron brape ramai pulak kaaannn.... Tp mmg nasib tak baiklah sbb Aaron dahpon punya anak isteri yang comel. Yang menjadi tunggak dan tulang belakang kerjayanya. Alhamdulillah. Selamat rumahtangga awak Aaron...
Belum terlambat lagi nak ucapkan tahniah di atas kemenangan beliau pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang telah berlangsung di Arena All Stars, Genting Highland Ahad lalu. Pengorbanan berhijrah ke Malaysia berbaloi akhirnya. Aku ikuti kisah Aaron sewaktu beliau mula2 menjejak kaki ke negara kita. Tidur dalam kereta, menumpang rumah kawan2 dan mandi di stesen minyak adalah pengalaman awal beliau dalam menempa nama sebagai pelakon tersohor di Malaysia. Syabas Aaron!! Jangan lupa pengalaman2 ini kerana semuanya akan menjadikan anda sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
Aku merasa bertuah kerana pernah bersua muka dengan Aaron dan Diyana isteri beliau yang sentiasa di sisi menemaninya. Walaupun kelihatan penat, beliau sanggup bangun dan menyambut sapaan salamku serta memenuhi permintaan untuk bergambar bersamanya. Humble !! Seriously!! And of coz GORGEOUSLY HANDSOME!!!
Teroi
Terima kasih Aaron dan Diyana kerana sudi melayan aku dengan ramah dan baik sekali. Kebetulan Aaron ada shooting di LRT Ampang Park untuk filem terbaharunya Kerat 14. Beliau singgah makan di Intercontinental Hotel.
Walaupun kemenangan beliau sebagai Artis Paling Popular ABPBH dipertikaikan secara terang-terangan oleh pelakon yang dah suam2 kuku itu, aku tetap merasakan tiada orang lain yang lebih layak daripada Aaron. Tahniah sekali lagi Aaron Aziz...
Juga tahniah kerana telah berjaya mendapatkan kerakyatan Malaysia. Semoga dengan rezeki yang melimpah ruah ini akan menjadikan Aaron Aziz sebagai insan yang lebih prihatin, pemurah dan pelakon yang berjaya serta suami dan bapa yang bertanggungjawab yang tidak pernah lupa akan pengorbanan isteri beliau.
Aaron Aziz akan terus menjadi igauan anak gadis, mak2 budak dan semuanya lah.....termasuk golongan lelaki...hehehe...
Geram nya tgk dia...
ReplyDelete