Thursday, March 29, 2012

Bila Mesin Basuh Rosak !!

Aaarrgghhhh tension!! Mesin basuh rosak!! Terpaksalah menyinsing lengan membasuh baju dengan tangan. Dah le bilik air aku tu sempit. Masa mula2 rosak dulu, aku hantar dobi je. Tapi lama2 parah jugak poket ni kalau asyik mengkayakan tokey dobi tu.

Bilalah dapat beli mesin basuh baru ni? Aku berangan nak mesin basuh yg ini.. Ade sesape nk tolong hadiahkan ke? heheheheheh

LG WD-ED12W Washing machine

White 12kg 1200rpm Spin Speed Washer with 10 Year Inverter Direct Drive Motor Warranty.

LG Inverter Direct Drive Washer providing less noise, less vibrations and greater durability, Baby Care cycle washes at 60 degrees and rinses at 40 degrees with Medic Rinse, load sensing to optimise wash time, rinse and water consumption.




Wednesday, March 28, 2012

Aku Yang Berjiwa Sheriff




Sape suke tengok channel CI  Astro #732? Aku WAJIB tengok. Macam2 kes seluruh dunia dapat ditonton di sini. Aku suka tengok cara2 detektif dan pakar forensik menyelesaikan sesuatu kes tu. Dasyat depa ni kan?Kenapalah aku tak belajar betul2 dulu kan...kalau tak aku dah jadi detektif tersohor dah....

Perbicaraan dalam mahkamah yang paling best.. Maklumlah kat Malaysia ni rakaman prosiding tidak dibenarkan sama sekali. Melalui slot ini aku dapat belajar dan memahami tentang sifat2 "physcopat" dan "cold blooded killer" serta banyak lagilah yang jarang dipertontonkan di tv negara kita.


Sepanjang slot ini bersiaran aku dah macam terlibat sama memikirkan siapa yang salah dan ada kalanya menitis juga air mata bila melihat mayat bayi yang dibunuh kejam oleh ibu sendiri. Macam2 yang aku bayangkan, konon aku pon berada di tempat kejadian. Aku terasa macam tangan aku sendiri yang memeriksa mayat mangsa. Dan kalau korang ade tonton kes Canny Ong juga mendapat liputan CI. Menyumpah2 aku bila tengok muka pembunuh Canny Ong yang nampak macam sebaik2 umat tu. Bila lah agaknya CI nak siarkan kes Mona Fendy ye? 



Beyond Scared Straight


Antara slot yang buat aku teruja ialah 48 Hours Hard Evidence, Cold Case Files, Beyond Scared Straight, Killer Couples, Killer Kids, Woman On Death Row dan juga CI Autralia...just to name few. Kalau korang pon minat tengok CI maknanya kita boleh geng !! Heeheheh... 

Woman On Death Row
Killer Kids




Ok aku nak sambung tengok 48 Hours Hard Evidence dulu ye... Esok kite cite lagi. 

Assalamualaikum..

Tuesday, March 27, 2012

Carik makan je

Hai semua...apa khabar? Aku ok je walaupun batuk belum baik lagi. Ok hari ni nak cite pasal keje aku. Bermula daripada zaman persekolahan aku menyanyi di mana saja. Bila aku berhijrah ke Kuala Lumpur, aku mula menyanyi secara sambilan di kelab2 malam dan functions. Sekarang menyanyi di lounge hotel2 sekitar KL. Mesti semua ingat keje menyanyi ni best giler kan? Best tu mmg best..tapi ade gak kenangan2 buruk dan sedih sepanjang kerjaya aku. Tapi alhamdulillah dapat diatasi dengan semangat yang kuat, insyaallah.











Tiffin' Bay- Starhill Gallery 2008

Le Meridien Hotel

Le Meridien Hotel

Ayob pianist a.k.a Adik @ Le Meridien Hotel

Intercontinental Hotel with Johan

Dinner Show with BSN @ Selangor Royal Golf Club

Selangor Royal Golf Club

Selangor Royal Golf Club

Lobby Lounge, Sunway Hotel & Resort Spa
With guests from Brunei Pyn Diah (in green tshirt) & his fren

Farhan, me & Deja Moss @ Le Meridien




me & Eddy pianist


Ni zaman umo 30an...hahaha nyanyi kelab laaa...Dgn Rose my co singer from Philiphines

Abg Zul Nadzar pianist & Anuar my bassist @ Le Meridien
Eddy pianist, me & Fahmi Aziz bassists/guitarist @ Tiffin Bay Starhill Gallery, New Year's Eve 2008

Kalau ada masa datanglah jenguk2 aku perform. Sekarang ni di Hotel Intercontinental. Keje 4 set satu malam. Tapi betullah kata org : do the thing u luv most. Aku percaya tu...sebab tu aku tak pernah bosan lagi untuk menghiburkan tetamu2 yang datang saban malam. 


IHG Appreciation Night @ Grand Ballroom Intercontinental Hotel

Le Meridien
Dinner Show BSN @ Selangor Golf CLub

Lobby Lounge, Sunway Resort & Spa Hotel

Lobby Lounge Intercontinental Hotel 2011

Lobby Lounge Renaissance Hotel Melaka

With Joe my guitarist @ Lobby Lounge Intercontinental Hotel
Le Meridien Hotel 2010
New Year's Eve Countdown Show @ Pool Side Le Meridien Hotel 2011
New Year's Eve Countdown Show 2010 Le Meridien Hotel by the Pool Side
New Year's Eve Countdown Show 2010
Lobby Lounge Le Meridien Hotel


Lobby Lounge Le Meridien Hotel


Lobby Lounge Sunway Hotel 2011
Performing At The Grand Angkor, Raffles Hotel, Cambodia
Lobby Lounge Raffles Hotel, Cambodia December 2011

New Year's Eve Cocktail Show
New Year's Eve Countdown Sow by the pool Raffles Hotel, Cambodia 2011


Xmas Eve's Show Raffles Hotel, Cambodia

Tapi yang orang tak tahu ialah keje macam ni tak ade cuti umum. Cuti hanyalah pada hari yang ditetapkan sahaja. Jadi bila tiba hari raya misalnya, kena lah cari pengganti..dan pengganti ni pulak kite yg kene bayar sendiri.  Hmmmm...nasib nasib...

Tapi yang seronoknya kita dapat jumpa dengan ramai orang..orang tempatan dan juga pelancong dari luar negara. Apa2 pon aku akan menyanyi selagi terdaya dan diterima.

Nanti aku upload video...line tengah sengal ni...asyik sangkut je...

Ok dulu...byeeeeeee